GLC Kedah Disembelih

Tuesday, September 8, 2009


Salam Sejahtera, Kedah Sejahtera.Ini berita yang Tok dapat dari tok Cha Guruh masa singgah beli tembakau Jawa di Kedai 2 hari lepas. Kata Tok Cha, kerajaan negeri sangat-sangat terdesak la ni. Tak tau nak buat macam mana dah nak cari duit. Dua pakar Penasihat negeri iaitu “Pakar Penilaian” dan “KJ Kedah” pun agaknya dah tak nak bagi idea dah.

Dulu rajin bagi idea, idea yang ideal oleh budak kanyiarg, mana ada yang jalan.Tapi Ustaz Azizan nak kata apa, satu tu orang kanan dan satu tu bekas menantu, kalau marah pun sebab silap sendiri la pi lantik buat apa depa tu. Tapi orang politik ni, ego mesti kena jaga, kepentingan rakyat jatuh no dua, dosa pahala, toksah cerita la.Nak tebang balak pulak, timbul banyak isu, sampai hak yang dah ditelan pun dijolok keluarTapi sebab depa ni kerja kuat, akhirnya timbul la juga idea macam mana nak dapat duit tanpa guna otak. Penasihat kata sembelih GLC la mudah. Jadi la ni kerajaan dah suruh tiap-tiap GLC bayar RM12 juta kepada kerajaan negeri. Tok Cha yang memang tau pasal kedudukan GLC Kedah kata dua patah ja...Mampuih GLC! Itu saja yang Tok Cha kata, sampai la ni Tok tak faham apa maksud Tok Cha.Tapi apa yang Tok tau, Kerajaan Negeri takdak usaha apa pun nak tolong GLC, selain daripada melantik ahli lembaga pengarah baru untuk tadah elaun. Sepatutnya kerajaan negeri bantu GLC, tapi GLC-GLC Kedah semakin merudum, GLC-GLC baru, tak payah cerita la, halatuju pun takdak.Mana nak mai RM12 juta? Kalau ada GLC bagi juga pun, bukan duit untung, tapi duit pusingan GLC sendiri, maknanya GLC akan lingkup oleh tangan MB dan Penasihatnya.Ada yang akan tanya, kalau GLC tak bagi, kerajaan buleh buat apa? Kerajaan memang tak buleh buat apa, tapi sapa-sapa yang dok kat atas dalam GLC tu siap la. Nak jaga syarikat ka, nak jaga diri sendiri dulu?Asasnya, GLC bukan kilang buat duit untuk kerajaan negeri, tapi sebagai jentera untuk pembangunan negeri. Sebab tu, bukan semua GLC untung, tapi bila capai objektif tu dah boleh syukur la. Kalau ada satu dua GLC yang boleh buat untung tu dah kira bagus dah, tapi untung tu kena guna untuk pembangunan dimasa depan, bukan buat belanja hangus.Tapi kalau MB sendiri pun tak faham yang ni, susah la.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © Test